Wednesday, April 29, 2009

rahsia demi rahsia,,

~"Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semua enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab: 72)"~

Definisi Amanah:
Perkataan amanah itu berasal dari bahasa Arab. Dalam bahasa kita ia boleh dikata sebagai kepercayaan, pertaruhan, kesetiaan, lurus, dan sebagainya. Dalam kata lain ia adalah sesuatu yang diserahkan kepada seseorang untuk disimpan, dijaga dan dipelihara, samada berupa harta, rahsia atau selainnya.

Lihatlah,,betapa penting nya menjaga amanah,,tapi aku pelik + hairan dengan masyarakat kita pada hari ni yang terlalu payah nak menjaga amanah atau rahsia yang diberikan sedangkan dalam Islam sendiri hukum menjaga amanah itu adalah WAJIB,,apatah lagi kalo melibatkan aib atau maruah orang,,aku, kalau orang pesan "jangan btau orang eh" atau "keep in secret" atau any pesan yg sewaktu dengan nya, kalau aku orang dah pesan macam tu, kerat 18 pon aku takkan cerita,,sbb tu amanah,,even aku tau orang yang aku nak btau tu lebih tahu cerita tue,,tapi aku selalu beringat yang aku takde hak utk menceritakan rahsia orang pada org lain,,

Aku jenis orang yang terlalu susah nak percayakan orang dan bukan mudah untuk aku bercerita dengan orang lain even benda yg terlalu general,,tapi, bila aku dah bercerita bermakna aku percayakan orang tue,,dan aku juga seorang yang cepat serik,,sekali aku dikhianati,sampai mati "Sorry",,cukuplah sekali,,Kadang2 kita berada dalam keadaan tertekan dan secara tidak sengaja kita meluahkan apa yg terpendam kepada orang yang ketika itu hampir dengan kita dengan harapan dan kepercayaan yang terlalu tinggi,,tapi apa yg paling menyedihkan sehingga menitiskan air mata apabila rahsia peribadi yang aku jaga dan simpan dalam hati diketahui oleh orang lain,,Tak semua benda dan perkara kita boleh share dengan orang terutama perkara yang terlalu peribadi,,dan bertuah bagi orang yang mendapat kepercayaan untuk menjaga amanah/rahsia seseorang dan amat malang bagi orang yang memberi amanah apabila penerima amanah dengan sewenang menceritakan perihal itu kepada orang lain,,Mungkin ada sesetengah orang berniat baik,,tidak berniat langsung untuk menceritakan / berkongsi rahsia kita dengan orang lain,mungkin niat mereka baik,,Tapi ingatlah!! Selagi perkara itu menjadi rahsia dan seseorang itu telah berpesan untuk kalian menyimpan rahsia itu,, kalian langsung tidak ada HAK untuk berbuat demikian,,kerana niat yang baik adalah menjaga amanah,,apatah lagi kita dengan senang hati berjanji dengan seseorang untuk menjaga rahsia mereka,,Kalau aku,,aku akan lagi tertekan dengan orang2 yang macam nie,,

Kita perlu berlaku adil kepada amanah orang.. Adil sendiri bermaksud meletakkan sesuatu pada haknya,,Aku mmg terlalu sedih dan terkilan dengan orang yang hanya mampu berjanji untuk menjaga rahsia tapi dengan sewenang berkongsi cerita hidup aku dengan orang lain. Kalau dulu aku selalu berpegang yang dalam hidup aku dan untuk rahsia hidup aku, hanya 2 orang yang akan tahu,, tak kira siapa mereka,,dan orang ke-3 tidak layak untuk tahu kerana apabila lebih dari 3 orang yang tahu, tak mustahil rahsia itu akan diketahui oleh orang ke-4,,tapi aku silap kerana melanggar prinsip hidup aku,,dan untuk hari nie,,cukuplah seorang yang mengetahui, supaya tidak ada org kedua yang akan tahu,,dan pastinya orang itu adalah orang yang mengangkat martabat AMANAH seiring dengan kehendak Islam,,bagi aku,, sekiranya aku menceritakan sesuatu kepada A,,dan selepas itu aku menceritakan kepada B,,dan antara mereka saling mengetahui yang mereka sama2 mengetahui perkara itu,,tapi mereke tidak LAYAK dan tak ada HAK untuk bercerita walaupun sesama mereka (A & B) since mereka telah diberi amanah untuk tidak berbuat demikian,,

Rening-renungkan,,,