Thursday, April 23, 2009

Puspakom Ringkaskan Prosedur Pemeriksaan,,

Puspakom ringkaskan prosedur pemeriksaan kenderaan [20/04/2009 6:59pm]

KUALA LUMPUR 20 April — Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan memperkenalkan prosedur pemeriksaan kenderaan yang lebih efektif dan ringkas tidak lama lagi untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen kepada pelanggan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Katanya prosedur baru itu antara lain akan menyaksikan lebih separuh daripada proses pemeriksaan kenderaan komersial dan awam dikurangkan kepada hampir 90 perkara sahaja.

“Kita sedang menyemak prosedur pemeriksaan yang dibuat oleh Puspakom. Dan saya jangka Piawaian Prosedur Operasi (SOP) baru itu akan dapat dikeluarkan dalam masa dua minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Integriti JPJ oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat di sini, hari ini.

Katanya, prosedur baru itu bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan proses pemeriksaan tanpa mengabaikan aspek keselamatan kenderaan dan keselesaan penumpang.

“Kita telah mendapat banyak maklum balas daripada pengusaha kenderaan awam dan perdagangan dan mereka merasakan terdapat terlalu banyak barang yang diperiksa sekarang dan ada pula banyak yang tidak berkaitan.

- BERNAMA